Monday 19 December 2011

Globalisasi Dan Hasil

Globalisasi  adalah sesuatu yang memberi kesan mendalam kepada setiap kehidupan diseluruh dunia. Ia adalah 1 proses dimana modal, teknologi, rakyat, barang-barang dan maklumat bergerak merentasi sempadan politik (Dickken 1998, Feenstra 1998, Mittleman 2000). Proses ini menyebabkan berlakunya kebergantungan setiap Negara, yang memendekkan masa dan jarak antara sesuatu negara. Globalisasi dikatakan merupakan punca banyak berlakunya pergolakan dan perubahan. Namun ia mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Secara khususnya, perubahan yang kita mampu lihat adalah seperti di kilang-kilang, kedai dan seluruh sektor ekonomi serta cara kehidupan kita, yang mana keadaan ini berpunca daripada globalisasi. Terdapat empat keadaan yang menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya ialah:

a)      Modal pekerja- imigrasi, migrasi, penghantaran pulang
b)      Modal kewangan- bantuan, hutang, ekuiti,p injaman
c)      Modal sumber- tenaga, besi, mineral, kayu
d)      Modal kuasa- ketenteraan, perikatan, pakatan

Kebanyakan tekanan yang dihadapi adalah berpunca dari hal ehwal makro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka. Ia boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan kini dipermudahkan dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah member kemudahan kepada lebih ramai manusia kini, berbanding dengan masa lalu. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat yang berlaku boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.

Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi ini, dan ia merupakan suatu yang wujud serta bukannya khayalan. Walaupun penggunaan istilah ini meluas, ramai pengarah berhujah bahawa ciri-ciri globalisasi ini harus dilihat dalam perspektif sejarah. Ramai juga menyatakan bahawa ciri-ciri tersebut seperti peningkatan perdagangan antarabangsa dan badan korporat antarabangsa telah memainkan peranan dengan lebih baik. Sesetengah ahli akademik pula lebih gemar menggunakan istilah globalisasi ini sebagai keantarabangsaan. Keantarabangsaan ini digunakan kerana peranan yang dimainkan oleh negara-negara dunia pertama, dimana bentuk globalisasi ini adalah paling sempurna yang memenuhi keperluan negara-negara lain. Maka mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara ini amat meluas, dan proses globalisasi ini tidak berlaku atau berkemungkinan besar tidak akan berlaku. Linda Weiss menyatakan bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan tidak pernah menimbulkan isu globalisasi dan hujah ini disokong oleh Kesatuan Eropah dan NAFTA.  Walaubagaimanapun, dunia semakin berkongsi masalah yang tidak mengira sempadan negara-bangsa. Paling ketara yang boleh dilihat adalah pencemaran alam sekitar yang semulajadi dan gerakan yang dahulunya anti-globalisasi namun kini telah bertukar menjadi gerakan kepada globalisasi. Mereka mencari cara untuk membentuk organisasi sosial yang merentasi negara-negara dan perwakilan demokrasi. Dimana hujah asal dimana globalisasi ini diutarakan dan dinafikan oleh argumentasi berkenaan keantarabangsaan. Kemunculan satu gerakan antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang tentang satu proses benar kearah satu masyarakat global serta kepelbagaian masyarakat.

Globalisasi telah dikenal pasti sebagai satu faktor yang membawa kepada perubahan yang bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ia merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan juga orang secara lebih kerap diperingkat antarabangsa. Perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Terdapat 2 anjakan yang dibincangkan dalam buku tersebut iaitu:

A)    Anjakan dari segi ekonomi:
  • Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia.
  • Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan asing.
  • Penubuhan organisasi seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian.
  • Pembangunan sistem kewangan global.
  • Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO, dan IMF yang mengendalikan urus niaga antarabangsa yang amat penting.
  • Peningkatan amalan ekonomi seperti sumbangan oleh perbadanan multinasional.


B)     Anjakan dari segi budaya:
  • Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap.
  • Pernyebaran dan akses terhadap filem Hollywood dan Bollywood akan tetapi budaya yang di import ini boleh disimilisasikan ke dalam budaya tempatan dan seterusnya menyebabkan budaya tempatan terkubur, contohya budaya kebaratan yang berlaku kini.
  • Perjalanan ke luar negara dan pelancongan antarabangsa yang semakin bertambah
  • Migrasi secara tidak sah dan semakin meningkat.
  • Pembudayaan makanan-makanan barat seperti Pizza Hut, KFC dan lain-lain lagi.
  • Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah contohnya Amigo, Sudoku, siri dan lain-lain lagi.
  • Pembangunan infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi sebagai internet, komunikasi satelit dan telefon-telefon.
  • Penambahan standard yang diguna pakai diperingkat antarabangsa seperti undang-undang hak cipta dan juga paten.


Halangan kepada perdagangan antarabangsa beransur dihapuskan semenjak era perang Dunia ke-3, iaitu melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai cukai dan Perdagangan (GATT). Sebagai hasilnya, beberapa inisiatif telah diambil oleh GATT dan kemudiannya  WTO telah ditubuhkan serta membawa kepada penubuhan GATT.

Sunday 9 October 2011

Globalisasi

Globalisasi merupakan satu fenomena yang amat penting pada masa kini. Ia tidak dapat dielakkan daripada berlaku oleh mana-mana negara sekalipun sama ada ia merupakan negara membangun mahupun negara sedang membangun. Globalisasi ini juga mampu memberi banyak kesan positif dalam terutamanya dari segi ekonomi serta pembangunan sesebuah negara, namun begitu terdapat juga kesan-kesan negatif yang wujud akibat daripada proses globalisasi ini.

Thursday 6 October 2011

ABOUT ME!!

I'm MUHAMMAD HIDAYATULLAH BIN AYOB...can call me Hidayat...enjoy my blog... Cheers!! :)